Alhamdulillah harinya telah tiba.....hari akad nikah. Walaupun minggu tu memang teramat sibuk yang memeningkan kepala dengan kerja-kerja kat pejabat, sampai macam nak terlupa yang aku nak kahwin hari Jumaat ni :-D Bertolak balik dari Kulim tengah malam Khamis tu, lepas tengok bola..heheh....alhamdulillah selamat sampai KL. Then lepas asar seperti yang dijadualkan untuk majlis akad nikah tu, kami sekeluarga, adik-beradik ayah dan mama and few Genesixers pun bertandang la ke Masjid Jami'il Huda, Kg Melayu Ampang. Ingatkan lepas solat Asar nak mula majlis, rupenye kena solat jenazah dulu baru mula majlis akad nikah. Diringkaskan cerita, semuanya berjalan lancar...alhamdulillah...and now I am a married man :-D ....no longer a bujang LOL